Kereta adalah satu bentuk kemudahan yang seringkali diperlukan untuk kegunaan peribadi atau urusan kerja. Namun apabila memerlukan kenderaan yang besar dan murah untuk membawa semua ahli keluarga. Jawapan pendek, Van Sewa Butterworth Penang.
Kan dah satu hal nak pikir dan meminjam kereta kawan atau kereta jiran tepi rumah tu. Itu pun tak selesai lagi masalah dek kerana perlu ada 2 atau 3 pemandu dan kereta yang banyak.
Kenapa nak susah susah bersesak dalam satu kenderaan atau berkonvoi ramai ramai jika kami ada jalan penyelesaiannya. Van Sewa Butterworth. Pelbagai pilihan, berkualiti, boleh dipandu sendiri, juga boleh ditempah dengan pemandu. Like a boss orang sekarang kata.
Meh Kita Sembang Serba Sikit Pasal Van Sewa Butterworth Penang ni.
Van pada asasnya adalah sebuah kenderaan yang berkeupayaan untuk membawa lebih dari 7 orang. Dan dari geran van juga menunjukkan bilangan tempat duduk, serta jenis kenderaan itu.
Dek kerana saiznya yang besar, tidak ramai rakyat Malaysia teringin atau perlukan sebuah van untuk kegunaan harian. Disinilah fungsi kami sebagai penyedia Van Sewa di Butterworth, Penang.
Pilihan van yang tersedia adalah 11 tempat duduk, 14 dan 18 tempat duduk. Semua seat van dilengkapi dengan tali pinggang keledar untuk keselamatan penumpang, sistem Air-Conditioning, Audio dan visual untuk unit terpilih.
Bagi yang jarang atau tidak berpengalaman memandu van, perlu diingatkan bahawa van bertransmisi manual. Ya tuan puan. Manual. Kaki kiri kena kerja keras sikit ya untuk kendalikan van sewa Butterworth ni.
Siapa yang patut guna perkhidmatan van sewa kami?
Bila dah plan trip jalan jalan lama dulu, dah ada confirm list 3-4 orang. Tapi bila makin menghampiri travel date, ahli kumpulan yang nak join travel tu dah bertambah. Kan dah 1 kerja nak fikirkan macam mana nak bergerak sekaligus.
Takpun, ada rombongan nak hantar keluarga pergi umrah ke KLIA, jemputan kenduri di kampung halaman, atau family day tempat kerja untuk yang bergerak ramai ramai dalam kalangan staff sepejabat.
Tak kira siapa pun anda, apa pun tujuan anda, kami di FS Global Transport sedia melayan dan membantu anda dalam mencapai kata sepakat untuk kegunaan perjalanan anda.
- Mereka yang bekeluarga besar, menghadiri majlis kenduri, konvokesyen ahli keluarga.
- Kawan kerja sepejabat yang nak berjalan jalan makan angin. Kami sediakan perkhidmatan van sewa dengan pemandu juga tau!
- Pengguna yang bijak akan pakai van sewa sebab boleh sumbat ramai ramai dalam 1 kenderaan. Dah la jimat toll highway, semua dalam van boleh layan movie ramai ramai.
Van Sewa Butterworth Penang paling cute. 11 tempat duduk.
Buatan Jepun, fully import dari negara matahari terbit. Kualiti dan kuasa enjin? Padu dan berkuasa untuk membawa 11 orang selamat pergi dan balik.
Sistem keselamatan juga tidak diambil enteng. Semua tempat duduk mempunyai tali pinggang keledar, remote alarm untuk memudahkan masuk keluar ahli kumpulan.
Dari segi entertaiment, jangan risau. Kami dah fikirkan semua tu awal awal lagi. Kami pun pemandu macam anda semua. Player Android dipasang untuk menghilangkan bosan dan memberi kepuasan berbeza kerana van mempunyai ketinggian 2.1 meter. Hat yang duduk seat paling belakang pun boleh tengok screen tanpa masalah.
14 tempat duduk, lebih besar, lebih selesa.
Bagi mereka yang dah berkira kira perlukan van yang lebih besar untuk apa jua kegunaan, mungkin Nissan Urvan NV350 lebih sesuai untuk anda. Berusia kurang dari 3 tahun dalam pasaran, kualiti enjin dan keadaan interior van ini pasti tidak mengecewakan walau kemana jua destinasi anda.
Ruang storan yang agak kecil membuatkan van Nissan Urvan ni sesuai untuk mereka yang berjalan short trip tanpa hard luggage atau sanggup untuk mengurangkan kapasiti tempat duduk.
Tempat duduk yang boleh di lipat untuk memberi lebih ruang, membawa barang yang bersaiz besar. Sesuai disewa untuk tempoh singkat atau lama. Hanya hubungi kami di talian bawah untuk sebarang urusan berkaitan Van Sewa Butteworth.
18 tempat duduk, Van sewa paling besar dalam pasaran.
Mencari van yang boleh bawa 2 atau 3 keluarga sekaligus? Atau nak buat day trip dengan kawan sekerja ke Ipoh, Padang Besar atau mana mana destinasi yang dah plan? Kami ada van sewa Butterworth 18 seat.
18 tempat duduk, pasti anak buah boleh main aci nyorok dalam van tu nanti. Dan dengan kemampuan untuk membawa 18 orang dalam satu satu masa, isu keselamatan adalah aspek terpenting dalam sebarang perjalanan. Ya lah, takkan nak berlumba dengan keluarga dok ada dalam van tu kan.
Semua tempat duduk mempunyai tali pinggang keledar, central door lock dan alarm. Jika diizinkan Tuhan, perjalanan para pelanggan kami selamat pergi dan selamat balik.
Jangan lupa untuk tetapkan tarikh dan masa untuk mula menggunakan van sewa Butterworth, kawasan penghantaran dan berapa orang yang naik bersama van nanti. Bukan apa, kalau tempah van 18 tempat duduk, tapi yang naik hanya 13 orang, kan dah rugi membayar mahal dari sepatutnya.
Nak buat tempahan van sewa Butterworth? Boleh terus tekan link di bawah untuk terus call atau WhatsApp kami. Waktu kerja kami dari 8 pagi hingga 9 malam. Tapi, untuk bertanya sebarang soalan tambahan, boleh hubungi kami pada bila bila masa. Akan dijawab secepat mungkin oleh team kami.
Kami ada sedia pemandu terlatih. Boleh ditempah samada dengan Van, MPV, Bas atau kereta sedan. Lebih fleksibel.
Selain dari van sewa, kami juga sediakan kenderaan dengan pemandu. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu memandu atau perlukan khidmat menghantar kumpulan anda kemana sahaja.
Tak kira berapa jumlah ahli kumpulan anda, kami sedia membantu. Dengan berkembangnya dan semakin besar jaringan hubungan sesama individu, pasti wujudnya pasaran untuk menggunakan pemandu.
Bagi kumpulan kecil rendah dari 5 orang, kami akan menyediakan kereta sedan atau MPV untuk membawa anda ke destinasi yang dihendaki.
Kumpulan yang terdiri dari 5 hingga ke 14 orang, kami sarankan sebuah van, bergantung pada jumlah yang mengikuti trip itu. Namun, jika berlaku sebarang pertambahan ahli, kami mencadangkan bas.
Bas yang disediakan oleh kami mampu membawa sehingga 44 penumpang. 2 pilihan tersedia. Single deck bas persiaran, susunan seatnya 2+2. Manakala bagi double deck Super VIP, sususan seatnya adalah 1+2.
Van Sewa Butterworth dibawakan oleh PenangRental.com. Setiap perjalanan dan percutian anda dengan van sewa Butterworth pasti lebih riang dengan perkhidmatan kami.
Van disediakan sentiasa dijaga kebersihan, tahap penggunaan yang terbaik dan harga yang pasti lebih murah dari syarikat lain.
Terus tekan link dibawah untuk terus hubungi kami.
Terdapat juga perkhidmatan yang sama di Kuala Lumpur. Jika anda memerlukan khidmat sewa van, terus tekan link di sini