Mencari Kereta Sewa Kepala Batas Yang Murah dan Berbaloi Untuk Digunakan Hari Ini?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan para bakal pelanggan Kereta Sewa Kepala Batas kami. Kami pasti anda sedang mencari kereta untuk disewa yang berbaloi dan mampu memenuhi semua permintaan anda di Kepala Batas. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam ,kami kini menyediakan pickup point yang pelbagai diserata pekan Kepala Batas. Hanya nyatakan di mana anda berada, dan kami akan share location untuk pengambilan kereta yang paling dekat dengan anda.
Kenapa Perlu Tempah Awal Untuk Sewa Kereta Kepala Batas Ni?
Banyak sebab sebab yang boleh dihuraikan. Namun sebab utama untuk anda memilih kami sebagai penyedia car rental adalah kerana harga kami yang jauh lebih murah dari syarikat kereta sewa Kepala Batas yang lain, pilihan kenderaan yang pelbagai, lokasi pickup di merata rata ceruk di pekan KB dan waktu kerja kami yang fleksibel. Dek kerana harga kami yang murah, permintaan terhadap kereta sewa kami juga meningkat dan menyebabkan kereta kami laku keras bila tiba hujung minggu. Tempah awal untuk elak kecewa tak boleh menyewa kereta kami yang murah.
Kereta Sewa Kepala Batas Yang Sentiasa Dijaga Rapi Kualitinya.
Setiap kenderaan yang diberi sewa, sentiasa di jaga rapi dan dibaik pulih mengikut jadual selenggara yang telah ditetapkan. Tiada istilah pejam sebelah mata. Bahaya ya kak long bang long semua. Kami tak mau Kereta Sewa Kepala Batas kami yang dah sedia murah, di komplen kemudian hari kerana kualiti yang tak terjaga. Orang kata, murah takda kualiti. Tidak bagi kami. Kami di PenangRental.com sentiasa menjaga kualiti dan akan sentiasa menyediakan perkhidmatan kereta sewa Kepala Batas yang murah dan berbaloi.
Setiap kereta yang diberi pasti diperiksa dan servis on time demi keselamatan dan keselesaan para pelanggan. Teruskan menyokong perniagaan kami!
Anda Takkan Dapat Kereta Sewa Yang Tidak Bersih. Confirm Bersih Sokmo.
Di PenangRental.com, setiap unit kereta yang disewakan akan dicuci, di vakum dan dibersihkan lauran dan dalaman sebelum diberi kepada para penyewa. Pasti perjalanan anda yang dekat mahupun jauh tidak terganggu dek kerana habuk atau kotoran yang berterbangan di dalam kereta. Lagi pun, anda dah bayar untuk sewa kereta Kepala Batas kami, takkan kami nak bagi anda MPV yang tidak bersih dan memuaskan hati.
Dimana Lokasi Kereta Sewa Kepala Batas Kami Berada?
Setakat hari ini, 15 November 2019, kami telah menyediakan 5 tempat pickup kereta sewa. Tempat tempat pickup ini telah dikaji dan paling rapat dan senang di cari berdasarkan bancian dari para pelanggan kami yang sebelumnya. Hanya call kami dan nyatakan di mana anda berada dan kami akan berikan lokasi yang paling bersesuaian dengan tempat anda berada.
Lokasi Pickup Kereta Sewa Kepala Batas.
- Tapak Parking Longwan.
- Tapak Petrol Pump BHP Permatang Sintok.
- Tapak Petrol Pump Petronas Market Kepala Batas.
- Tapak Petrol Pump Petronas Taman Seri Indah/Kampung Paya.
- Masjid Pekan Kepala Batas.
- Kompleks Kailan Kepala Batas.
Hanya nyatakan dimana anda nak ambil kereta sewa kami, kami akan datang dan buat proses serahan serta rekod untuk menyewa kereta. Selesai semua tu, anda boleh terus bergerak ke destinasi anda tanpa ada sebarang masalah.
Antara model kereta sewa yang ada dalam inventori kami.
Pelbagai jenis kereta terdapat dalam stok inventori kami. Namun, kami lampirkan beberapa model yang hangat dan sering di sewa oleh penduduk di Kepala Batas ini. Mungkin dengan list jenis kereta yang ada dalam stok kami, bakal memudahkan anda dan keluarga anda untuk merancang dan membuat kira kira untuk penyewaan kereta di tempat kami.
Perodua Viva. Model kereta sewa termurah di Kepala Batas.
Kereta yang pernah memenangi banyak anugerah underground untuk kategori K-Car satu masa dulu. Namun jika untuk sewaan. Tidak lah sesuai di convert dan dimakeup sebegitu rupa. Harga sewaan yang rendah, ruang bonet yang terhad, menyebabkan tidak banyak syarikat Car Rental yang menyediakan Perodua Viva sebagai pilihan kenderaan untuk sewaan. Tapi, di tempat kami masih ada model termurah ini. Cuma perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kami untuk penggunaan kereta viva ini. Harganya yang tak sampai RM 99 sehari, pasti berbaloi untuk disewa dan digunakan pakai setiap hari.
Perodua Axia. Model terlaris di Kereta Sewa Kepala Batas.
Kereta kategori kompak yang paling laris di tempat kami. Dengan harga sewaan harian yang rendah, pengguanaan minyaknya yang menjimatkan, kebanyakan kereta Axia kami di datangkan dengan Android Player. Hanya connect Bluetooth, baam, dah boleh memandu sambil menyanyi kecil lagu kegemaran menuju ke destinasi. Model yang terlaris ini sering menjadi tumpuan para penyewa yang menggunakannya untuk jarak dekat.
Perodua Myvi. Model Kompak yang hensem dan cekap pengendalian.
Jangan sangka kecik kecik dia tak power. Ramai dah pelanggan kereta sewa Kepala Batas terpukau dek kecekapan dan ketajaman perodua Myvi dalam menghadapi selekoh dan pemanduan heavy duty yang diberikan. Dengan berbekalkan dari RM 99 sehari, anda boleh memandu pulang kereta Myvi kami yang ada pelbagai warna. Namun, warna putih lah yang paling digemari ramai. Mungkin sebab nampak macam kereta sendiri kan? Lagipun, dengan guna kereta sewa lah anda boleh memakai pelbagai jenis kereta yang ada dipasaran.
Kereta sedan keluaran dari Perodua. Perodua Bezza.
Hat ni paling paling berbaloi untuk disewa. Harga sewaan mungkin ada sedikit mahal berbanding jenis kereta lain, namun, jika dikirakan dari kelebihan yang akan dapat semula. Melayakkan Perodua Bezza menang anugerah kereta sewa paling berbaloi. Anda tanya kenapa? First sebab kereta ni adalah sedan. Ruang bonet yang sangat luas. Lebih luas dari mana mana kereta keluaran Perodua. Kedua, enjin cekap tenaga. Bernadikan 1300cc, eco start stop. Pasti menjimatkan penggunaan minyak. Dan terakhir, ianya adalah Perodua. Mestilah harga sewanya yang tak semahal kereta import Jepun.
MPV pilihan warga Kepala Batas. Perodua Alza.
Bila kita sembang pasal MPV ni, adakah anda faham apa itu MPV? MPV atau singkatan kepada Multi Purpose Vehicle. Bermaksud Kenderaan Serba Guna. Bila kata berbagai guna, bukanlah maksudnya boleh digunakan untuk bawak nyioq atau curi lembu dari dari Kulim ya. Bermaksud MPV adalah sebuah kenderaan keluarga yang boleh memuatkan ramai orang berbanding menggunakan kereta sedan. Atau boleh juga digunakan untuk membawa ahli keluarga dan juga barangan di ruang belakang kereta. Harga sewaan? Tak mahal pun. Tak sampai RM200 sehari.
Kami boleh dihubungi melalui talian berikut.
Hanya tekan link biru yang disediakan dan terus bercakap dengan kami.
Atau tekan WhatsApp dengan kami tanpa sebarang delay.
Nak Sewa Van di Kepala Batas? Tekan Sini
WhatsApp: Tekan disini
Call: Tekan disini