Mencari Kereta Sewa Penang? Boleh ambil kereta dimana mana sahaja.
Mencari Kereta Sewa Penang? Boleh ambil kereta dimana mana sahaja.

Mencari Kereta Sewa Penang? Boleh ambil kereta dimana mana sahaja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog kami. Kami di FS Global Transport menyediakan kereta sewa Penang dengan harga yang agak menarik dan berbaloi baloi. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan kereta sewa kami untuk apa jua tujuan anda. Samada bercuti makan angin di Penang, atau untuk kegunaan peribadi, kami ada semuanya untuk anda.

Nak dapatkan harga sempoi untuk kereta sewa Penang?

Tak susah nak dapatkan harga sempoi dari kami. Hanya nyatakan tarikh, jenis kereta dan bajet yang dicari. Kami akan sesuaikan kenderaan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Selain dari itu, kami turut sediakan pelbagai jenis kenderaan yang selesa dan berkualiti.

promo pakej kereta sewa penang

Kenapa perlu sewa kereta di Penang dengan kami?

pilih kami sebagai kereta sewa penang

Selain dari pelbagai pilihan disediakan untuk memenuhi pelbagai kehendak dan bajet yang para pelanggan perlukan, waktu operasi kami yang fleksibel dan respon pantas kami pasti memudahkan anda untuk mendapatkan kenderaan untuk digunakan pada waktu waktu tertentu.

Jom baca dan tengok pilihan kereta sewa yang kami sediakan di Pulau Pinang.

Bermula dengan harga serendah RM 90 sehari, pelanggan boleh memandu pulang kereta Perodua Viva auto. Kereta yang paling ekonomikal, comel saiznya, dan sepadan dengan harga yang ditawarkan. Model terlaris untuk para student USM, atau pelancong yang datang ke Penang dalam kumpulan kecil.

Kini anda boleh mengambil Kereta Sewa Penang di USM Sungai Dua, Penang Airport, Penang Sentral, ETS Station Butterworth, Permatang Pauh dan Kepala Batas.

Selain dari harganya yang rendah, Perodua Viva juga terbukti mampu menjimatkan wang dalam tempoh sewaan dengan penggunaan bahan api yang rendah. Dengan mengisi RM 50 petrol kedalam tangki kereta sewa Viva Penang kami, bertahan sehingga 3 hari sewaan.

Perodua Viva. Viva forever, Spice Girl gituw.

kereta sewa viva pulau pinang

Model terlaris dan terlaju dari kami di kereta sewa Penang. Kenapa terlaju? Sebab kami pernah cuba racing dengan Perodua Viva kat atas jambatan Penang, tak terkejar weh. Tapi tu lah, kalau menyewa kereta, seeloknya, jangan lah bawa dan pandu laju laju gais. Bahaya dan sakit ja menanti kalau berlaku sebarang kecelakaan. Perodua Viva kami ada 2 jenis, auto dan manual. Boleh call kami terus untuk tempahan.

Perodua Axia. Pilihan gadis gadis yang nak berjimat tapi nak look comel comel gituu.

keeta sewa axia penang

Model Perodua Axia dikeluarkan untuk menggantikan Perodua Viva yang sudah lama ada di pasaran dan telah ditambah baik dari segala sudut. Dengan adanya claim dari Perodua untuk penggunaan petrol sehingga 21km/l, pastinya percutian atau urusan peribadi anda dengan menggunakan kereta sewa Penang kami lebih teratur dan menjimatkan dan memudahkan untuk melakukan sebarang budget planning. Kereta boleh diambil di pejabat kami di Sungai Dua USM atau Penang Sentral secara delivery. Pasti memudahkan urusan anda.

Perodua Myvi. Pilihan abam abam yang hensem yang nak drive kereta yang tak haluih sangat.

kereta sewa myvi pulau pinang

Model terlaris dari Perodua, Myvi, kini sudah melalui 3 kali major facelift atau kita panggil penambahbaikan dari model yang sebelum. Harga untuk perodua Myvi, bermula dari RM 130 sehari*. Boleh diambil di beberapa tempat yang disediakan. Sungai Dua USM, Butterworth Penang Sentral, Kepala Batas, Permatang Pauh dan Airport Penang. Kereta Perodua Myvi ini didatangkan dengan transmissi automatik bagi memudahkan pergerakan dan memenuhi market trend sekarang.

Myvi, sebuah model kereta yang tak perlu diperkenalkan lagi. Pilihan ramai untuk apa jua aktiviti.

Perodua Alza. Kereta Sewa Penang kini didatangkan dalam bentuk MPV 7 tempat duduk.

kereta sewa alza penang butterworth TUDM

Kenapa perlu bersesak dan berhimpit dengan kereta yang kecil jika anda mementingkan dan memerlukan kenderaan yang besar dan mampu membawa 7 orang sekali harung kan? Kami ada sediakan Perodua Alza. Top selling ekonomikal MPV buatan Malaysia. Jangan malu jangan segan. MPV Sewa Penang kami didatangkan dengan 7 tempat duduk, automatik dan paling penting, ada aircond.

Pilihan kereta sewa Penang yang lebih berjenama, sesuai dengan peralihan zaman.

Zaman mak tok, nek kita dulu, memang tak dinafikan, jenama kenderaan yang depa guna, memainkan peranan yang penting dalam status kehidupan seseorang pada masa itu. Namun, setelah Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, membuka peluang dan membawa masuk pelaburan luar dalam sektor pembuatan automotif Malaysia, maka lahirlah Proton dan Perodua. Dan dengan adanya kenderaan keluaran dari negara sendiri tanpa perlu berharap pada kenderaan import, maka, hampir semua orang mampu untuk mempunyai kereta.

Kereta sedan dari Jepun. Honda dan Toyota.

Tak dinafikan, bila orang muda tengok je Honda Civic lalu depan mata, terus mata terpaku dan melekat tengok ekor kereta tu sampai hilang dari pandangan. Tambahan kalau Honda Civic tu dah makeup cun cun. Kini, semua orang mampu bermimpi dan mimpi tu akan jadi kenyataan. Kenapa susah susah bayaq downpayment, ikat perut tiap hujung bulan, semata mata untuk membela kereta yang super duper expensive to maintain kan gais.

Honda City. Pilihan kereta sewa Penang terbaru dari kami.

car rental honda city penang

Honda City. Tidak sepopular Honda Civic, namun dengan perubahan teknologi, R&D dari Honda, user feedback. Kini Honda City boleh dikatakan model kereta sedan dari Jepun yang mendengar kata kata tuan puan sekalian. Kenapa begitu? Bila dipijak pedal minyak, enjin terus menjana tenaga dan pecutan yang diperlukan. hihihi. Paling utama, penjimatan bahan api yang maksimum dan keselesaan yang optimum untuk perjalanan jarak dekat mahupun jauh.

Toyota Vios. Siapa tak kenal kereta ni, jiran kau hijau. Kereta Sewa Penang yang fofular.

Bermula dari tahun 2002-2004. Kenderaan dari Toyota ni mula membanjiri segala pelusuk jalan raya di Malaysia. Dengan kata kata yang kerap dilaungkan, Toyota Vios ni jimat minyak, bawak pun sedap, ruang bonet pun tak kalah jugk. Kebanyakan penyewa kami yang guna kereta sewa Penang vios ni, adalah mereka yang perlukan kereta untuk jangka masa pendek, atau diberi elaun untuk menggunakan kereta sewa sepanjang tempoh assignment mereka di Penang.

Kereta Sewa Penang. Ada tak MPV Sewa yang hi-end sikit?

toyota vellfire

Mestilah ada awak awak sekalian. Kita ada tak sikit, tak banyak pilihan. Tapi insyaallah mampu memenuhi semua permintaan dan demand dari awak awak semua. MPV bermula dari harga RM 280 sehari untuk toyota Innova, Hyundai Starex 11 tempat duduk RM 550, Toyota Vellfire RM 650 dan 960 sehari* dan Toyota Fortuner jika anda memerlukan SUV yang bersaiz besar.

Model MPV yang paling ramai orang geram tengok. Brader ni pun dah lepas geram. Dapat pandu Toyota Vellfire yang latest pulak tu. Anda bila lagi?

Selain dari MPV, kami turut sediakan van sewa Penang.

van sewa penang toyota hiace

Ya awak awak semua. Kita ada sediakan van sewa. 3 pilihan disediakan. Van sewa Penang 11 seat, van sewa 14 seat dan van sewa 18 seat. Semua van ni boleh diambil di semua lokasi kami. Lokasi kami di belah Pulau, Sungai Dua USM, Penang Airport. Untuk yang duduk di seberang, kita ada beberapa kawasan. Permatang Pauh depan politeknik, Butterworth Teluk Air Tawar, dan Kepala Batas Bertam. Tekan sini untuk info lanjut berkenaan van sewa Penang.

Boleh hubungi kami ditalian berikut untuk sebarang info berkenaan harga dan model kereta yang masih available untuk penggunaan anda nanti.

2 Comments

  1. Pingback: Berhenti, Kat Sini Ada Van Sewa Penang. 11, 14 dan 18 Seat

  2. Pingback: Nak van sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan

Comments are closed.