Nak Van Sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan
Nak Van Sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan

Nak Van Sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan

Anda penduduk di Kepala Batas? Mencari van sewa di Kepala Batas? Ketahui kenapa anda tak perlu mencari tempat lain dah kalau nak pakai van sewa dalam masa terdekat ni? Kami sediakan pelbagai tambah nilai yang pastinya berbaloi untuk anda semua para pelanggan dan bakal pelanggan kami di Kepala Batas.

Siapa kami di PenangRental.com? Dan kenapa anda semua perlu pakai Van Sewa Kepala Batas.

Syarikat kami yang masih setahun jagung ni, menyediakan perkhidmatan van sewa di kawasan Kepala Batas Pulau Pinang. Ketahui jenis dan model van yang disediakan oleh kami. Anda dah ada plan nak bercuti cuti atau berjalan jalan makan angin sekeluarga dalam masa terdekat ni?

van sewa kepala batas today near me

Walaupun masih setahun jagung dalam perniagaan van sewa di Kepala Batas, namun bilangan dan kuantiti van yang pelbagai sentiasa menjadi pilihan para pelanggan yang hendak menggunakan perkhidmatan van sewa kami.

Tak perlu bersesak sesak dalam sebuah kereta, atau konvoi banyak kereta untuk ke destinasi yang sama.

konvoi beramai ramai dengan van sewa kepala batas

Biasa berlaku tak dulu dulu dalam satu ketika dalam hidup anda? Konvoi pergi kenduri, satu kereta stop, semua kereta yang join konvoi akan stop. Atau 1 kereta tertinggal di traffic light, kumpulan konvoi yang lain yang dah kedepan, kena bawa slow dan kadang kadang, kena stop tepi jalan.

Tak dinafikan, konvoi beramai ramai memang syok. Sebab ada rasa macam brotherhood. Lebih kurang camtu la feelnya. Namun, ketahui cara untuk atasi masalah ni dengan menggunakan van sewa Kepala Batas Penang kami. Dan kenapa kami rekemen menggunakan van sewa sebagai mod transportasi utama anda untuk perjalanan yang jumlah passenger yang ramai.

Perjalanan lebih mudah dan lebih kos efisen dengan menggunakan van sewa Kepala Batas Penang.

Seperti point di atas, tak ramai yang perasan penjimatan dan bagusnya untuk menyewa van dalam satu satu tujuan perjalanan. Dengan menggunakan van sebagai mod kenderaan untuk bergerak ke satu satu lokasi, anda boleh menjimatkan kos minyak, kos toll dan kos kos lain yang pasti anda tidak perasan.

Katakan perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan kereta sedan yang boleh memuatkan 5 orang maksimum, dan ahli keluarga anda yang nak ke Kuala Lumpur, katalah ada 10 orang. Dah kena guna 2 kereta, 2 pemandu, 2 tangki minyak perlu diisi, 2 toll perlu dibayar. Anggarkan total dah berapa kena bayar?

nak ke tak nak guna van sewa kepala batas

Belum lagi masuk kes tertinggal di traffic light, sesat, sebuah kereta masuk simpang kanan, sebuah kereta buat u-turn. Naya boooh! Masa pun terbuang, hati dan perasaan pun ada sikiiiit panas la. Sikit je. Last last, mood nak berjalan makan angin pun kelaut dalam. Banyak benda kena plan sebenarnya kalau nak berjalan ramai ramai ni. Solusinya? Pakai van sewa Kepala Batas Penang. Insyaallah tidak menyakitkan hati, lebih tenteram dan lebih teratur perjalanan.

Gunakan van sewa Kepala Batas Penang bukan hanya untuk penjimatan. Tapi untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Bila dah beramai ramai dalam satu kenderaan, anything is possible to happen. Yang baik, yang buruk. Tapi kita fokuskan pada yang baik saja. Buat apa nak bercakap benda tak elok kan? Suka saya terapkan benda yang baik baik untuk semua kenalan dan para pelanggan. Contohnya, bila pandu kereta atau van sewa, jangan laju laju, ikut speed limit, jangan bawa dalam keadaan marah, jangan rushing.

van sewa kepala batas penang roadtrip

Perjalanan jauh terasa dekat dek kerana syoknya semua bersembang, berseloroh dalam sebuah kenderaan yang mampu memuatkan hingga 16 orang. Unit terpilih kami, tersedia sistem audio visual. Duduk dalam van umpama duduk dalam panggung wayang GSC bhai. Semua penumpang boleh baringkan seat, enjoy the movie. Tapi kesian kat driver la nanti. Takda orang nak bersembang dengan dia. Hehehe.

OK, cukup dengan sembang. Kita terjah van sewa jenis apa yang ada di Kepala Batas Penang ni.

Tak banyak sebenarnya model van yang sesuai untuk disewakan. Top 3 model van sewa yang kami sediakan di Kepala Batas Penang, Toyota Hiace 11 seat, Nissan Urvan NV 350 15 seat, Placer X 14 seat dan Placer X 18 seat. Paling kecil, 11 seat, paling besar, 18 seat. Setiap model, berlainan feel dan harganya.

Jangan berkira dalam bab selesa berjalan jalan bersama keluarga. Lagipun kami ada pelbagai jenis van yang pastinya sesuai dengan bajet dan keperluan anda semua.

Nak sewa van Toyota Hiace 11 seat?

Sedikit info berkenaan van sewa Toyota Hiace 11 seat. Model Toyota yang diimport direct dari Jepun, mampu memuatkan 11 penumpang termasuk pemandu. dengan ruang bagasi yang pada pendapat kami, cukup luas untuk van kelasnya. Disertakan image untuk tatapan para bakal pelanggan kami. Insyaallah semua van Toyota kami memenuhi selera dan tujuan penggunaan para pelanggan kami. Paling penting, harganya mesra dompet tuan puan sekalian.

van sewa penang toyota hiace

Van sewa Toyota Hiace kami, unit terpilih mempunya set audio yang lengkap, dan paling penting untuk info tuan puan semua, semua van sewa Kepala Batas Penang kami adalah manual transmisi.

Untuk kumpulan yang besar sikit dari 11 orang. Pakai van sewa Kepala Batas Nissan Urvan 15 seat.

Nissan Urvan 15 seat, van yang terbaru dalam kumpulan van sewa Kepala Batas Penang kami. Dengan rupa dan saiz yang boleh memasukkan hingga 15 orang dewasa tanpa perlu berlaga antara bahu penumpang lain. Model Nissan Urvan NV 350 adalah kesinambungan dari model Urvan model sebelum ini.

Di kuasakan dengan enjin 2500cc turbo diesel, head room yang tinggi membolehkan anda berdiri didalam van untuk bergerak ke tempat duduk. Dan double blower aircond. Pasti yang duduk paling belakang akan rasa kesejukan yang sama seperti penumpang di row pertama.

van sewa kepala batas 14 seat

Model Nissan Urvan NV 350 didatangkan dengan standard factory configuration yang mana, setiap tempat duduk dipasang tali pinggang keselamatan untuk setiap penumpang. Insyallah, perjalanan dan kehidupan lebih selamat dengan adanya safety feature yang tersedia. Rujuk disini untuk info lanjut.

Harga? Boleh bincang boss, kami nak niaga lama, nak pelanggan terus memilih kami sebagai penyedia van sewa Nissan Urvan 350 di Kepala Batas Penang. Insyaallah, tempah awal untuk dapatkan harga diskaun.

Van terbesar dalam stok kami. Van 18 seat. Sangat besar, tak semua orang boleh pandu tau.

Van terbesar dalam pasaran van Malaysia. Jika anda tinggal berdekatan dengan sempadan Malaysia Thailand, pasti anda biasa dan kerap dihidangkan dengan van Toyota Commuter dari Thailand. Namun, van legend ini tidak masuk dalam pasaran jual beli van Malaysia. Tidak diketahui kenapa. Namun, kita tetap ada pilihan yang tidak kurang baiknya berbanding van Toyota Commuter yang terdapat di Thailand.

van sewa 18 seat kepala batas

Van dari Placer X, syarikat pengimport van yang berpengkalan di Klang telah lama beroperasi dan merancakkan lagi suasana van yang bersaiz besar. Kami di FS Global Transport memilih Placer X berbanding van keluaran dari syarikat kerana kepercayaan dan yakin dengan kualiti yang diberikan. Walaupun van Placer X adalah keluaran dari China, namun jangan disangka produk China tak berkualiti.

Kebanyakan van sewa 18 seat Kepala Batas kami tersedia set audio dan visual. Dan sama seperti van Nissan Urvan, Van 18 seat juga mempunya ketinggian dalaman yang memboleh seorang dewasa untuk berdiri dan bergerak ke mana mana tempat duduk tanpa perlu menunduk kepala. Berbaloi untuk keluarga atau kumpulan yang nak berjimat dan memudahkan pergerakan ke mana mana destinasi.

Van 18 seat VIP Kepala Batas. Tak banyak unit tau. Sebab? Fully VIP.

Anda tanya, kenapa ada van sewa yang VIP? Apa yang VIP nya tentang van sewa Kepala Batas Penang ni? Jom saya terangkan. Antara selling point atau kelebihan VIP Van kami berbanding van 18 seat biasa kami. Keselesaan. Ya. Keselesaan diutamakan. Seat berbalut leather, back support untuk mejaga postur badan bagi perjalanan jauh, kemewahan istana atau dirumah yang boleh dibawa kemana mana sahaja selagi jalan masih ada.

Dengan dekorasi yang pasti mencuri tumpuan para penumpang dan kereta sebelah masa dipandu di jalan raya. Pasti van sewa 18 seat vip adalah pilihan yang sangat sangat berbaloi untuk anda sekeluarga yang inginkan pengalaman seperti memandu MPV mewah Toyota Vellfire atau Toyota Alphard.

van sewa vip kepala batas penang

Sistem audio visual Android yang terkini, motorized LCD TV untuk penumpang dibelakang, sistem sejukan yang ditambah baik mencengkam tulang. Pasti anda tak salah pilih jika memilih van sewa 18 seat VIP kami. Didatangkan dengan 2 pilihan, samada pandu sendiri atau van sewa dengan pemandu. Kami beri pilihan, anda buat pilihan. Bincang dengan semua ahli group trip anda dan pilih yang terbaik dengan tujuan perjalanan anda.

Van sewa Kepala Batas Penang, sentiasa dipenuhi dengan pertanyaan dan layanan kami sentiasa sama. Hanya yang terbaik untuk anda.

Kami boleh dihubungi di talian berikut untuk sebarang pertanyaan, sebut harga, availability, dan waktu operasi kami. Tidak perlu segan silu untuk nyatakan permintaan, pertanyaan, maklum balas atau pendapat untuk jenis sewaan van yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Kami boleh dihubungi melalui talian berikut.
Hanya tekan link biru yang disediakan dan terus bercakap dengan kami.
Atau tekan WhatsApp dengan kami tanpa sebarang delay.
Nak menyewa kereta di Penang?
Nak menyewa van di Penang?
Perlukan lori sewa untuk pindah rumah?

One comment

  1. Pingback: Kereta Sewa Kepala Batas. Mudah, Pantas, Mesra Pelanggan.

Comments are closed.