Sewa Lori Penang kini lebih mudah untuk anda semua. Hubungi sekarang!
Sewa Lori Penang kini lebih mudah untuk anda semua. Hubungi sekarang!

Sewa Lori Penang kini lebih mudah untuk anda semua. Hubungi sekarang!

Perkhidmatan Sewa Lori Penang dari FS Global Transport, menjadi pilihan ramai pelanggan kami yang berada di Pulau Pinang. Penghantaran barang yang berharga dari pihak pelanggan, untuk digunakan dalam tempoh terdekat mahupun pada masa akan datang. Tidak semua syarikat sewa lori Penang mempunyai lori sewa yang betul betul ngam dengan muatan dan saiz barangan yang hendak dipindahkan.

Anda sebagai seorang pelanggan yang bijak harus mengkaji dan menilai saiz dan muatan lori sewa Penang yang benar benar sesuai dengan muatan agar tiada masalah berbangkit di hari perpindahan. Perkhidmatan sewa lori Penang bersaiz 1 hingga 3 tan dari FS Global Transport adalah pilihan bijak bagi menyelesaikan masalah perpindahan anda.

Antara perkhidmatan Sewa Lori yang ada di pasaran Pulau Pinang.

pilihan lori sewa lori penang

Lori Sewa Penang adalah antara cabang servis terbaru yang diwujudkan dalam kumpulan FS Global Transport. Lori Sewa Penang kami didatangkan dengan pekerja untuk mengangkat barangan pelanggan yang telah sedia dibungkus dan ditanda mengikut jenis barang.
Syarikat kami beroperasi di Kepala Batas, Butterworth dan servis pindah barang kami meliputi seluruh semenanjung Malaysia termasuk perpindahan ke Pulau Langkawi. Kami menyediakan servis sewa lori Penang dengan kadar yang berpatutan dan tenaga kerja yang mahir dan cekap dalam setiap assignment yang diminta oleh pihak pelanggan.

Kenapa mesti pilih kami sebagai syarikat sewa lori Penang anda?

kenapa pilih kami sebagai syarikat pindah barang sewa lori penang anda

Kami menawarkan pelbagai jenis mood pemindahan yang bersesuaian dengan budget dan waktu yang dipinta. Setakat hari ini, 16 Julai 2019, kami telah menambah jumlah kenderaan yang dikhaskan untuk tujuan perpindahan / pengangkutan para pelanggan kami. Selain dari sewa lori Penang, kami juga menyediakan khidmat sewaan 4×4 pandu sendiri atau dengan pemandu untuk pemindahan motosikal yang break down di tengah jalan, atau untuk mengangkut bahan basah untuk apa jua tujuan para pelanggan yang dihormati.

Selain dari pemindahan barangan, kami juga menyediakan pekerja untuk mengangkat barangan anda.

pekerja-sewa-lori-penang

Haa, kan dah satu bonus tambahan untuk memudahkan dan mengurangkan beban tuan rumah yang hendak berpindah rumah ke daerah atau negeri lain. Step yang perlu dilakukan oleh para bakal pelanggan adalah berhubung melalui WhatApps atau boleh berhubung terus dengan admin kami disini.  
Kebiasaannya, para pelanggan perlu memberi info yang minima. Info yang diperlukan, kebiasaannya adalah tarikh untuk pemindahan dilakukan, kuantiti barangan, tempat untuk mengambil dan tempat untuk diturunkan barangan pihak pelanggan. Juga jenis kediaman. Samada rumah flat, apartment, rumah kedai tingkat 1.
Semua info diperlukan pihak sewa lori Penang untuk memberi harga yang kompetitif dan berbaloi dengan nilai wang anda dan berbaloi dengan tenaga kerja yang bakal kami kerah. Win win for everybody right?

Kalau saya nak pindah barang, berapa jauh pihak Sewa Lori Penang boleh cover?

sewa-lori-penang-maps

Sehingga hari ini, kami boleh mengatakan hampir semua pelusuk dan bandar bandar besar di semenanjung Malaysia pihak FS Global Transport dah jejak kaki. Habaq ja nak pindah kemana, kami sedia membantu anda dari segi sebut harga hinggalah selesai pemindahan barangan anda sekalian.
Insyaallah, diizinkan tuhan, perjalanan barangan pelanggan kami setakat ini tidak lagi bermasalah. Sewa lori dengan harga yang murah hari ini. Bertindak sekarang. Call atau WhatsApp kami terus. Call disini. Rangkaian network kami meliputi sehingga KL dengan adanya teman di Propvan 

Benda boleh upah untuk pack barang anda, kenapa nak susah payah pack sendiri? Sewa lori Penang kami dengan pekerja.

upah saja pekerja sewa lori penang kami

Biasa dengar pepatah budak budak sekarang? Benda boleh gaduh, buat apa nak bincang.

Sama lah jugak dengan kerja kerja rumit dan memenatkan ni. Tinggalkan semuanya pada team sewa lori Penang yang pakar dan dah biasa buat kerja pemindahan barang tak kira siang, bawah terik matahari, atau berembun malam. Setiap masa kami on. Janji booking slot awal ja untuk memudahkan kedua dua pihak. Ingat, communication is king nowadays.

Berapa jenis lori yang disediakan oleh pihak kami?

senarai penuh sewa lori penang

Kami menyediakan lori sewa penang 1 tan, lori 3 tan, lori 5 tan dan lori bonded. Nak tau kelebihan dan kekurangan setiap lori yang bakal ditempah oleh para pelanggan? Haaa, kami pecah lobang ni. Takda company lain akan explain benda ni sedetail kami explain. Jom teruskan pembacaan kalau nak ketahui kenapa perlu pilih lori yang betul memudahkan kerja kedua dua pihak dan menguntungkan nilai wang pelanggan dengan servis yang diterima dari kami di FS Global Transport.

Sewa Lori Penang 1 tan.

sewa lori penang 1 tan

Lori paling kecil dalam mana mana pasaran pindah rumah atau barangan besar yang tidak boleh dibawa dengan kereta anda sendiri. Orang kata, kecil kecil cili api. Betul tu tuan puan sekalian. Lori paling kecil ni la kami bermula dahulukala. Lori yang dilengkapi dengan kanvas, didatangkan dengan unit rack didalam lori untuk memudahkan kerja susun atur dan boleh memuatkan barangan yang bersaiz kecil dan medium dengan mudah.
Tiada isu untuk kerosakan barang kerana hujan, atau barang hilang kerana keadaan lori yang tidak bertutup.
Kelebihan dan untungnya pelanggan jika menggunakan lori 1 tan, penjimatan kos kerana harga yang lebih murah, mudah untuk pemandu lori sewa penang kami bergerak dan menuju ke tempat pelanggan.
Kekurangan? Kalau barang tak muat kerana misscalculate atau salah anggar saiz lori dengan barangan yang hendak dipindahkan. Pelanggan terpaksa menempah trip kedua pada harga yang sama. Siapa nak rugi kan?

Lori Sewa Penang 3 tan.

sewa lori penang 3 tan

Saiz load kargo yang sesuai untuk rumah yang berkeluarga, barangan yang banyak, atau pelanggan berpindah dari rumah teres 2 tingkat. Inventori lori sewa murah Penang kami didatangkan dengan dua pilihan. Kanvas atau bonded. Lori yang sama, harga yang berbeza. Anda tanya kenapa harga boleh berbeza sedangkan load size adalah sama. Untuk privasi dan freedom of mind para pelanggan, kami akan memberi 2 set harga kerana setiap lori 3 tan ada kelebihan masing masing. Kanvas, sesuai untuk perjalanan jarak dekat (baca: jarak perjalanan kurang 3 jam).

Setiap jenis lori ada kelebihan dan kekurangannya. Kami berikan anda pilihan yang terbaik untuk semua situasi anda.

Dek kerana kanvas ada kebarangkalian terbuka semasa dalam perjalanan atau diceroboh oleh orang lain semasa pemandu lori sewa berhenti untuk rehat atau mengisi minyak di petrol pump, bakal mendatangkan trust issue. Lori sewa bonded atau body besi adalah lori jenis yang berpintu dan berkunci. Sesuai untuk memindahkan barangan berharga pelanggan yang percayakan FS Global sebagai penyedia servis pindah rumah anda. Lori bonded, selain dari berkunci dan berpintu, jika ditakdirkan berlakunya sebarang masalah dalam perjalanan jauh, barangan para pelanggan masih terjaga rapi dalam stor bergerak kami. 🙂

Lori Sewa Penang 5 tan.

sewa lori 20 kaki

Kebanyakan pelanggan yang menggunakan servis lori sewa Penang 5 tan adalah tergolong dalam kalangan korporat/ perniagaan yang percaya dan kekal dengan kami kerana kualiti servis yang kami berikan secara berpanjangan. Dialu-alukan para pelanggan yang mencari lori untuk tujuan perniagaan menghubungi kami di link WhatsApp ini untuk sebut harga yang berpatutan dengan kualiti kerja yang tiada tandingan. Untuk perpindahan finish good perniagaan SME, small corporation, kilang di Pulau Pinang, atau pindah barang pejabat, digalakkan untuk call kami disini. Kami sedia dihubungi untuk kerja secara kontrak long term. Tekan link link yang sudah disediakan dibawah..

Dah dapat decide nak sewa lori Penang kami?

nak guna ke tak nak guna lori sewa

Kalau dah dapat decide, hubungi kami segera untuk tempah slot pindah barang anda. Kami sentiasa memberi harga yang berbaloi dengan kerja yang diminta. Antara kerja tambahan yang kami sediakan selain pemindahan barang pelanggan, kami juga menyediakan khidmat cucian premis, rumah yang kosong sebelum dimasuki oleh pelanggan. Juga tersedia dalam khidmat tambahan adalah kerja mengemas, sorting, dan packing barangan anda ke dalam kotak yang boleh dibeli dan dibincang harganya dengan team admin kami. Pasti tak rugi menggunakan servis tambahan kami. Ingat lori sewa, ingat PenangRental.


Share link ni untuk bantu lebih ramai orang dapat perkhidmatan sewa lori kami!
Tekan sini jika perlukan van sewa di Penang
Waktu Operasi : Setiap hari. Tempah Slot anda.

4 Comments

  1. Pingback: Mencari Kereta Sewa Penang? Boleh ambil kereta dimana mana sahaja.

  2. Pingback: Nak van sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan

  3. Pingback: Berhenti, Kat Sini Ada Van Sewa Penang. 11, 14 dan 18 Seat

  4. Pingback: Sewa Kereta Kepala Batas, Harga Dari RM 85 Sehari.

Comments are closed.