Perhatian dan Perhatian pada semua penduduk Kepala Batas. Anda ada plan nak sewa kereta di Kepala Batas dan tak tau kat mana nak dapatkan kereta tu kan? Tapi kalau dah jumpa dan baca artikel ni, maksudnya, awak dah 1 step closer to the Car Rental in Kepala Batas. Ahaa, speaking gitu. Kami di PenangRental.com menyediakan perkhidmatan sewa kereta di Kepala Batas dan kami boleh dikatakan masih mntah dalam dunia perniagaan kereta sewa ni. Mohon support dari tuan puan sekalian ya!
PenangRental.com, Syarikat Sewa Kereta Yang Baru Bertapak di Kepala Batas.
Jika awak semua beralamat di Kepala Batas, insyaallah sepatutnya kami boleh ditemui dan dihubungi secara atas talian atau melalui panggilan telefon untuk sebarang tempahan. Setakat hari ini, kami tidak mempunyai sebarang kedai yang boleh dilawat. Kami hanya melakukan perniagaan ini secara online sama seperti Socar atau GrabCar. Bermakna, awak awak semua akan booking atau set appointment dulu dekat mana nak jumpa atau hari apa nak pakai tu. Dah setting, kita pun boleh jumpa dah untuk serahan kereta dan selepas siap isi borang sewa kereta.
Ramai Ke Dah Guna Perkhidmatan Sewa Kereta Kepala Batas ni?
Setakat hari ni, agak ramai juga pelanggan kami yang beralih arah dari syarikat yang biasa depa guna untuk mencuba dan sewa kereta dengan kami. Pelbagai sebab ada untuk mencuba sewa kereta kami. Kebanyakannya adalah kerana lokasi kami yang tidak setempat dan pelbagai memudahkan urusan untuk mengambil kereta sewa dengan kami. Hanya tekan sini untuk berhubung terus dengan kami. Atau tekan sini jika panggilan tak dijawab. Mungkin kami sedang sibuk menguruskan kereta sewa untuk pelanggan macam awak semua.
Betul ke kalau nak sewa kereta Kepala Batas ni harganya RM 85. Takkan murah macam tu.
Ya. Memang betul. Kalau awak nak ketahui macam mana nak dapatkan harga RM 85 sehari ni, teruskan membaca hingga point terakhir ya. Kat situ kita akan bocor rahsia macam mana nak sewa kereta dengan harga serendah RM 85 sehari. Selain dari harga yang rendah, kami turut menyediakan servis penghantaran percuma untuk awak awak yang berdekatan dengan tempat operasi kami. Kan dah satu bonus tambahan, memudahkan kerja awak, tak payah dah keluar rumah untuk ambil kereta sewa
Model kereta apa yang disediakan untuk pelanggan sewa kereta Kepala Batas?
Terdapat pelbagai model pilihan yang disediakan oleh pihak PenangRental.com untuk para pelanggan. Bermula dari kereta kompak yang kecik kecik cili api gitu, hinggalah kereta MPV 11 tempat duduk. Kan dah terlebih besaq pulak! Tapi jangan kalut, semua model disediakan untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan bergantung pada bajet dan keperluan pelanggan.
Sewa kereta Kepala Batas yang paling murah. Promo terhad, RM 85 sehari**
Kereta Axia atau Myvi unit terpilih yang ditawarkan pada pelanggan. Dengan beberapa syarat* yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, pasti model terpilih ini menjadi pilihan pelanggan yang nak bergaya tapi bajet kecil. Kami mempunyai hak dan berhak untuk meminda harga harga yang telah ditawarkan dari masa ke semasa. Terus call kami disini untuk mengetahui promosi terkini yang ditawarkan.
Kereta Sewa Axia. Harga Rendah, Jimat Minyak.
Kereta yang pasti meriangkan hati para pelanggan kami. Kenapa? Harga sewaan harian yang rendah, penggunaan minyak yang pasti menjimatkan dengan adanya teknologi eco-drive dari Perodua. Siapa kata kereta Malaysia tak setanding kereta dari luar negara? Cuba dulu baru tahu berbaloi atau tak menggunakan kereta sewa Kepala Batas ni. Saiz kereta yang sedang sedang comel gitu pasti memudahkan navigasi ditempat tempat yang sempit.
Sewa Kereta Myvi. Kereta kompak yang ramai idamkan.
Perodua Myvi. Siapa tak kenal dengan kereta Myvi yang famous ni. Kereta yang pernah memukau dan masih memenuhi segenap pelusuk jalan raya di Malaysia. Kebanyakan pelanggan kami guna servis sewa kereta Kepala Batas akan memilih Perodua Myvi untuk kegunaan harian dan bulanan mereka. Model yang telah melalui 3 kali facelift sepanjang hayatnya. Dan kami di PenangRental pasti menyediakan 2 model facelift terbaru Perodua Myvi. Nak tau harga sewaan untuk Myvi? Tekan sini untuk terus berhubung melalui WhatsApp.
Kereta MPV 7 dan 11 tempat duduk. Untuk mereka yang perlukan kereta yang besar dan auto.
- Perodua Alza. 7 tempat duduk
- Proton Exora. 7 tempat duduk. Intercooler Turbo.
- Nissan Grand Livina. Buatan Jepun. Kualiti terbukti!
- Hyundai Starex. 11 tempat duduk. Import khas dari Korea. Kan sekarang demam K-Pop. Oppa Starex style.
Saya berminat nak guna servis sewa kereta Kepala Batas ni. Macam mana saya nak booking?
Kami boleh dihubungi melalui panggilan phone atau tempahan melalui WhatsApp. Beroperasi secara talian dari jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari, sila tekan link yang bersesuaian dengan kehendak tuan puan sekalian. Sebelum terlupa, kami dah janjikan yang kami akan bocor rahsia macam mana nak sewa kereta Kepala Batas serendah RM 85 sahaja. Hanya tekan link dibawah, pasti kami bocor rahsia secara personal dengan anda.
Bantu lebih ramai orang di Kepala Batas untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan.
Nak Van Sewa Kepala Batas Penang? Kami ada pelbagai pilihan
Sewa Lori Penang kini lebih mudah untuk anda semua. Hubungi sekarang!